Gema Semua Maklumat

RoS tak pernah lulus istilah Armada

RoS tak pernah lulus istilah Armada

PUTRAJAYA, 20 Safar 1439H, Khamis – Penggunaan istilah Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) bagi jawatankuasa Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), tidak pernah diluluskan dalam perlembagaan parti itu.

Perkara berkenaan disahkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) dalam satu kenyataan, hari ini.

Ketua Pengarahnya, Surayati Ibrahim berkata, tindakan parti itu menggunakan istilah Armada adalah melanggar perlembagaan Bersatu dan Akta Pertubuhan 1966.

Menurutnya, kesalahan itu boleh menyebabkan sesebuah pertubuhan itu dibatalkan, dan pihaknya masih meneruskan siasatan bagi meneliti isu berkenaan.

The post RoS tak pernah lulus istilah Armada appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di RoS tak pernah lulus istilah Armada
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "RoS tak pernah lulus istilah Armada"

Back To Top