Gema Semua Maklumat

Jambatan Setelu tenggelam lagi

Jambatan Setelu tenggelam lagi -
Muhafandi Muhamad, Astro Awani |  Diterbitkan pada November 05, 2017 23:14 MYT
Laluan jambatan sementara ini terputus apabila air sungai naik mendadak. - Astro AWANI

GUA MUSANG: Pengguna jalan raya Gua Musang-Jeli yang menggunakan jambatan sementara Pulau Setelu di sini sekali lagi terputus hubungan apabila jambatan itu ditenggelami air sungai yang meningkat naik akibat hujan le­bat, petang tadi.

Jambatan sementara itu teng­gelam petang tadi apabila hujan lebat berterusan di kawasan hulu hari ini.

Air Sungai Nenggiri yang semakin naik dan melimpahi jambatan sementara menyebabkan kenderaan terkandas dan terpaksa  berpatah balik dan menggunakan jalan alternatif lain.

Setiap kali hujan lebat jambatan ini sering tenggelam  dan memberi masalah kepada penduduk sejak jambatan kekal runtuh pada banjir besar penghujung Disember 2014 lalu.
Keadaan laluan jambatan yang terputus akibat air sungai yang meningkat. - Astro AWANI


Jambatan Setelu tenggelam lagi merupakan Entri ulangsiar. Credit kepada sumber asal di Jambatan Setelu tenggelam lagi
Tag : Semasa
0 Komentar untuk "Jambatan Setelu tenggelam lagi"

Back To Top