Gema Semua Maklumat

Kanak-kanak Rohingya derita kebuluran, krisis kesihatan

Kanak-kanak Rohingya derita kebuluran, krisis kesihatan

COX’S BAZAR, 22 Safar 1439H, Sabtu – Dianggarkan lebih satu perempat kanak-kanak Rohingya yang melarikan diri daripada Myanmar ke Bangladesh menderita kekurangan zat makanan yang mengancam nyawa, lapor Jawatankuasa Penyelamat Antarabangsa (IRC).

Pasukan bantuan berkenaan turut memberi amaran bahawa pelarian disahkan mengalami kebuluran sebelum melintasi sempadan ke kem pelarian di Bangladesh.

Berdasarkan kajian yang dijalankan pada akhir Oktober lalu di kem pelarian Kutupalong, menunjukkan bahawa kadar kanak-kanak pelarian yang mengalami kekurangan gizi meningkat dua kali ganda sejak Mei, menyebabkan hampir separuh daripada mereka kurang berat badan dan menghidap anemia.

Angka berkenaan dilaporkan mencapai tahap kecemasan dan dijangka terus meningkat ekoran penilaian kajian itu hanya mengukur 10 peratus pelarian sahaja.

“Keadaan yang kita lihat di Cox’x Bazar dianggap sebagai bencana kepada krisis kesihatan awam pada skala yang tidak dapat dibayangkan.

“Angka-angka yang mengejutkan itu, secara langsung mengesahkan dapatan kajian IRC mengenai masalah kekurangan bekalan makanan dan bekalan air bersih. Ini serius, kerana dua pertiga air di Cox’s Bazar tercemar dengan najis,” kata Pengarah IRC, Cat Mahony.- Agensi

The post Kanak-kanak Rohingya derita kebuluran, krisis kesihatan appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Kanak-kanak Rohingya derita kebuluran, krisis kesihatan
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Kanak-kanak Rohingya derita kebuluran, krisis kesihatan"

Back To Top