BANGI, 22 Safar 1439H, Sabtu – Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh di Malaysia dijangka bermula pada Isnin ini sehingga Mac tahun depan.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata, sebanyak empat hingga lima episod hujan lebat dijangka berlaku pada Monsun Timur Laut tahun ini.
Menurut kenyataan itu, hujan lebat dijangka berlaku di Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang, termasuk satu negeri di Selatan iaitu Johor pada November dan Disember ini.
Katanya, pada Disember dan Januari tahun depan, hujan lebat dijangka lebih tertumpu di barat dan utara Sarawak serta timur Sabah.
Jabatan itu turut mengeluarkan amaran bahawa hujan berterusan untuk tempoh sehingga tiga hari boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan berkedudukan rendah dan cenderung bencana itu.
“Sekiranya hujan lebat berlaku serentak dengan kejadian air pasang, risiko kejadian banjir akan menjadi lebih buruk,” katanya.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya lebih berwaspada dan bersiapsiaga dalam menghadapi musim tengkujuh ini, serta peka dengan amaran hujan lebat yang dikeluarkan oleh jabatan itu melalui laman web www.met.gov.my atau laman Facebook da Twitter, malaysiamet.
The post Musim tengkujuh bermula Isnin hingga Mac tahun depan appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Musim tengkujuh bermula Isnin hingga Mac tahun depan
0 Komentar untuk "Musim tengkujuh bermula Isnin hingga Mac tahun depan"