BANGI, 2 Rabiulawal 1439H, Selasa – Pegawai perubatan kerajaan tidak dibenarkan membuat preskripsi ubat kepada pesakit dan memintanya mendapatkan bekalan berkenaan di klinik swasta.
Demikian tegas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam sebagai mengulas laporan mengatakan ubat antibiotik di beberapa klinik kesihatan kerajaan berkurangan.
Dr Subramaniam berkata, sekiranya klinik tidak memiliki ubat itu, petugas boleh mendapatkan bekalan di klinik kerajaan lain.
“Dasar kementerian ialah memastikan bekalan ubat sentiasa mencukupi, walaupun kadang kala timbul isu itu.
“Sepatutnya tidak akan berlaku (kekurangan bekalan) tetapi ia tidak boleh dielakkan jika ia berlaku.
“Pada masa yang sama cara kita menguruskan pemberian ubat berkenaan,” katanya seperti dilapor Berita Harian (BH), hari ini.
The post Kementerian Kesihatan nafi ubat antibiotik berkurangan appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Kementerian Kesihatan nafi ubat antibiotik berkurangan
0 Komentar untuk "Kementerian Kesihatan nafi ubat antibiotik berkurangan"