KUALA LUMPUR, 27 Safar 1439H, Khamis – Keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2017 akan diumumkan pada 23 November ini.
Dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini, Kementerian Pendidikan berkata calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing selepas 10 pagi pada hari berkenaan.
“Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan UPSR 2017 melalui mySMS 15888.
“Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula 10 pagi pada 23 November dan akan ditamatkan pada 6 petang pada 29 November,” demikian menurut kenyataan itu.
Seramai 443,794 calon menduduki UPSR tahun ini membabitkan 8,085 pusat peperiksaan di seluruh negara. – Bernama
The post Keputusan UPSR diumum 23 November appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Keputusan UPSR diumum 23 November
0 Komentar untuk "Keputusan UPSR diumum 23 November"