Gema Semua Maklumat

Ketua Pembangkang DUN Kedah dari PAS masuk BERSATU

Ketua Pembangkang DUN Kedah dari PAS masuk BERSATU -
ADUN PAS Kedah sertai BERSATU
mk   -  Hari ini, 6:37 pm
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Anak Bukit Datuk Amiruddin Hamzah dari PAS hari ini mengumumkan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Amiruddin yang juga ketua pembangkang DUN Kedah mengumumkan perkara itu pada sidang media yang disiarkan secara langsung melalui Facebook.
Turut hadir adalah Timbalan Presiden BERSATU Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang juga Ketua BERSATU Kedah, selain pimpinan negeri.

Sebelum ini, Amiruddin dilihat sebagai antara pemimpin PAS yang cenderung terhadap parti serpihannya, Parti Amanah Negara (AMANAH).

Selain Datuk Mahfuz Omar, beliau juga hadir di konvensyen tahunannya di Kedah, bulan lalu.

Amiruddin adalah pengganti allayarham Datuk Fadzil Noor di DUN itu, selepas menang dalam pilihan raya kecil di sana pada 2002 berikutan kematian bekas presiden PAS itu. 


Ketua Pembangkang DUN Kedah dari PAS masuk BERSATU merupakan Entri ulangsiar. Credit kepada sumber asal di Ketua Pembangkang DUN Kedah dari PAS masuk BERSATU
Tag : Semasa
0 Komentar untuk "Ketua Pembangkang DUN Kedah dari PAS masuk BERSATU"

Back To Top