Gema Semua Maklumat

KKLW tak iktiraf sijil UEC untuk kemasukan ke IPT

KKLW tak iktiraf sijil UEC untuk kemasukan ke IPT

BERA, 7 Rabiulawal 1439H, Ahad – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) tidak akan mengiktiraf dan menerima mana-mana pelajar yang menggunakan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semua institusi pengajian tinggi di bawah kementeriannya tidak menerima kemasukan pelajar yang menggunakan sijil UEC.

Malah, beliau berkata, pihaknya tidak pernah mengiktiraf sijil UEC dan hanya mengikuti Dasar Pendidikan Kebangsaan yang lebih baik serta sesuai di negara ini.

“Saya telah mengumumkan bukan sahaja di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) tetapi semua institusi pengajian di bawah KKLW termasuk Universiti Agrosains, Kolej Universiti Poly-Tech Mara (KUPTM) dan Universiti Majlis Amanah Rakyat (UniMara) tidak menerima pelajar yang menggunakan sijil UEC ,” katanya yang dipetik daripada Utusan Online.

Sebelum ini, Pemuda MCA membidas Perkasa yang mengeluarkan kenyataan mengenai pengiktirafan UEC.

Ketua Biro Pendidikan parti itu, Lim Xing Hao mendakwa, sijil UEC telah diiktiraf pelbagai universiti terkemuka di seluruh dunia, termasuk Universiti Harvard dan Universiti Oxford.

The post KKLW tak iktiraf sijil UEC untuk kemasukan ke IPT appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di KKLW tak iktiraf sijil UEC untuk kemasukan ke IPT
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "KKLW tak iktiraf sijil UEC untuk kemasukan ke IPT"

Back To Top