Gema Semua Maklumat

Lapan maut trak rempuh orang ramai di New York

Lapan maut trak rempuh orang ramai di New York

 

NEW YORK, 12 Safar 1439H, Rabu – Sekurang-kurangnya lapan terbunuh dan beberapa lagi cedera selepas sebuah trak merempuh orang ramai di laluan pejalan kaki dan basikal di Lower Manhattan, kira-kira jam 3.05 petang waktu tempatan, awal pagi waktu Malaysia.

Polis berkata, seorang lelaki berusia 29 tahun memandu trak yang disewa memasuki laluan basikal dan merempuh orang di laluan sepanjang 10 blok, menyebabkan enam mati di tempat kejadian manakala dua lagi meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Laporan juga menyebut bahawa lelaki terbabit yang kini dalam tahanan polis turut melepaskan beberapa das tembakan ke arah orang ramai.

BERITA LANJUT MENYUSUL

 

 

The post Lapan maut trak rempuh orang ramai di New York appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Lapan maut trak rempuh orang ramai di New York
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Lapan maut trak rempuh orang ramai di New York"

Back To Top