JAKARTA, 9 Rabiulawal 1439H, Selasa – Kementerian Pengangkutan Indonesia mengumumkan penutupan Lapangan Terbang Antarabangsa Gusti Ngurah Rai dilanjutkan untuk tempoh 24 jam lagi.
Ia susulan Gunung Berapi Agung yang mula meletus mengeluarkan debu.
Penutupan ini berkuat kuasa selama 24 jam bermula jam 7 pagi tadi sehingga jam 7 pagi esok, 29 November.
Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, laporan pihak berkuasa penerbangan tempatan menunjukkan laluan penerbangan pesawat tertutup oleh debu gunung berapi.
Bagaimanapun, Lapangan Terbang Lombok sudah dibuka semula hari ini, selepas ditutup semalam susulan letusan gunung berapi itu.
Gunung Agung ini pernah meletus pada tahun 1963, dan mengorbankan lebih 1,000 orang termasuk memusnahkan beberapa kampung. -Agensi
The post Lapangan Terbang Bali masih ditutup appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Lapangan Terbang Bali masih ditutup
0 Komentar untuk "Lapangan Terbang Bali masih ditutup"