DAMSYIK, 8 Rabiulawal 1439H, Isnin – Sekurang-kurangnya 20 orang awam terbunuh dalam serangan rejim Syria di Ghouta Timur, Damsyik.
Menurut seorang wartawan agensi berita Anadolu di kawasan itu, serangan tersebut menyasarkan kawasan Douma, Misraba, Ein Tarma, Medeira dan Harasta dimana kawasan itu telah dikepung oleh rejim tentera.
“Dalam kejadian itu, seramai tiga belas orang awam termasuk tiga kanak-kanak terbunuh di Misraba.
“Manakala lima orang termasuk seorang kanak-kanak turut terbunuh di Medeira dan dua lagi di Douma,” kata sumber perubatan.
Jumlah korban dikhuatiri meningkat kerana ramai orang cedera dalam serangan tersebut dan aspek keselamatan di kawasan terbabit amat membimbangkan.
Sejak awal November, Ghouta Timur telah berada di bawah serangan intensif oleh pasukan rejim Syria yang menyebabkan lebih daripada 100 orang mati dan beratus-ratus cedera. – Agensi
The post Lebih 20 maut serangan rejim Syria appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Lebih 20 maut serangan rejim Syria
0 Komentar untuk "Lebih 20 maut serangan rejim Syria"