Gema Semua Maklumat

Lima terbunuh serangan di stesen televisyen di Kabul

Lima terbunuh serangan di stesen televisyen di Kabul

KABUL, 18 Safar 1439H, Selasa – Sekumpulan pengganas yang menyamar sebagai anggota polis menyerang sebuah stesen televisyen di Kabul, menyebabkan lima orang terbunuh dan 21 yang lain cedera.

Kumpulan militan Daesh mendakwa bertanggungjawab terhadap serangan yang berlangsung kira-kira tiga jam sebelum pasukan tentera Afghanistan menumpaskan penyerang tersebut dan menyelamatkan kakitangan yang terperangkap di dalam bangunan Shamshad TV.

Pengarah Berita Shamshad TV, Abid Ehsas berkata, penyerang berpakaian polis datang ke bangunan itu dan melemparkan bom tangan, sebelum menembak mati beberapa kakitangan stesen televisyen tersebut.

“Serangan itu telah berakhir. Menurut komander pasukan khas, semua kakitangan yang berada di dalam bangunan telah diselamatkan.

“Ini adalah serangan ke atas kebebasan media tetapi mereka tidak dapat mendiamkan kami,” katanya.- Agensi

The post Lima terbunuh serangan di stesen televisyen di Kabul appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Lima terbunuh serangan di stesen televisyen di Kabul
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Lima terbunuh serangan di stesen televisyen di Kabul"

Back To Top