BANGI, 13 Safar 1439H, Khamis – PAS tidak menolak kemungkinan berlaku perebutan kerusi dalam gabungan pembangkang Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
Malah Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah percaya bahawa Pakatan Harapan khususnya DAP dan PKR tidak akan memberi kerusi mereka kepada Parti Amanah Negara (PAN).
“Kita yakin Pakatan Harapan tidak akan beri kerusi pada PAN. Dia (PAN) hendak bertanding kerusi siapa, dan tidak mustahil bakal berlaku perebutan kerusi sesama sendiri selepas ini,” katanya seperti dilapor Utusan Online, hari ini.
Menurutnya, beliau yakin jangka hayat PAN bakal berakhir selepas PRU14 ini berikutan dilihat gagal mendapat sokongan rakyat khususnya di Kelantan.
Katanya, parti serpihan itu yang mendakwa menyasarkan untuk bertanding 35 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan, perlu sedar bahawa mereka tidak hanya kekurangan calon, malah sehingga kini masih belum mampu membentuk cawangan di kawasan tertentu.
“Jadi PAN perlu sedar dan melupakan niat untuk menggantikan Pas mentadbir Kelantan. PAN hanya menjadi pekakas DAP, ikut apa DAP buat, hendak ganti Pas bagaimana?,” katanya.
The post ‘Lupakan niat nak tadbir Kelantan’, kata PAS kepada PAN appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di ‘Lupakan niat nak tadbir Kelantan’, kata PAS kepada PAN
0 Komentar untuk "‘Lupakan niat nak tadbir Kelantan’, kata PAS kepada PAN"