Gema Semua Maklumat

MAH tak tetapkan polisi di hotel

MAH tak tetapkan polisi di hotel

KUALA LUMPUR, 3 Rabiulawal 1439H, Rabu – Peraturan atau polisi setiap hotel di negara ini ditentukan oleh pengurusannya sendiri, bukan Persatuan Hotel Malaysia (MAH).

Menjelaskan perkara itu, Pengerusi MAH Cawangan Kedah dan Perlis, Eugene Dass berkata, pihak persatuan tidak mempunyai sebarang kuasa bagi menentukan polisi agar diikuti hotel-hotel di negara ini.

Ianya termasuk juga polisi pemakaian tudung bagi pekerja yang bertugas bahagian perkhidmatan pelanggan (frontline).

“Ia sebenarnya bergantung kepada polisi sesebuah syarikat atau hotel itu sendiri. Itu peraturan yang ditetapkan pihak mereka dan kami tak terlibat atau berkuasa menentukan.

“Mungkin berlaku salah faham terhadap MAH kerana memang kami tidak mempunyai sebarang kuasa. Sebagai contoh, walaupun kami sebuah persatuan mewakili hotel di negara ini, kami tidak mempunyai kuasa menentukan harga bilik bagi hotel tiga atau empat bintang,” katanya yang dipetik daripada Sinar Online.

Terdahulu, Presiden MAH, Cheah Swee Hee berkata, setiap hotel terutama hotel antarabangsa di Malaysia mempunyai prosedur standard operasi (SOP) dan polisi syarikat.

Eugene berkata, wujud salah faham orang ramai terhadap kenyataan itu sehingga ada mendakwa MAH adalah pihak yang menetapkan polisi berkenaan.

“Sebenarnya, apa yang cuba dijelaskan, polisi tidak membenarkan pekerja di bahagian perkhidmatan memakai tudung memang wujud dan ia polisi syarikat itu sendiri.

“Saya ingin jelaskan, kami tiada kuasa menentukan atau selaraskan polisi dan peraturan kepada hotel-hotel di negara ini. Kami persatuan mewakili hotel sahaja,” katanya.

The post MAH tak tetapkan polisi di hotel appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di MAH tak tetapkan polisi di hotel
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "MAH tak tetapkan polisi di hotel"

Back To Top