Gema Semua Maklumat

Mak aiih......ganasnya cadangan hukuman 2 MP nih!

Mak aiih......ganasnya cadangan hukuman 2 MP nih! -
Selepas Bung cadang tembak, wakil rakyat BN cadang ‘cucuk besi panas’
Farhan Darwis - November 29, 2017
KUALA LUMPUR: Sehari selepas seorang wakil rakyat Barisan Nasional (BN) menyarankan pihak berkuasa Malaysia menembak mati pengedar dadah seperti mana dasar presiden Filipina, seorang lagi ahli Parlimen BN hari ini mencadangkan satu lagi hukuman ganas, kali ini untuk sumbang mahram.

Ahmad Lai Bujang (BN-Sibuti) berkata pelaku sumbang muhrim perlu diberikan hukuman dicucuk dengan besi panas.

“Kalau boleh, Yang Di Pertua, saya mencadangkan lelaki yang mengerjakan ini, kita bakar satu besi panas dan cucuk kepada dia, supaya dia berasa bagaimana sedihnya perasaan orang yang terkena perkara begini,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika bertanyakan soalan tambahan kepada Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun, semasa sesi soal jawab lisan.

Azizah (BN-Beufort) ketika itu menjawab pertanyaan Dr Siti Mariah Mahmud (Amanah-Kota Raja) berkenaan bentuk perlindungan dan kebajikan yang diberikan kepada mangsa jenayah seksual kanak-kanak dan keluarganya, selepas pesalah yang menjadi tempat bergantung dijatuhkan hukuman.

Ahmad berkata, hukuman seperti yang dicadangkannya perlu dijalankan kerana mangsa dan keluarga mereka akan merasa tertekan dengan tindakan pelaku sumbang mahram.

“Apabila kanak-kanak ini dicabul oleh bapa, bapa saudara, keseluruhan keluarga dia tertekan dan begitu juga adik beradik mangsa akan ditekan.

“Bagaimana kita nak menghindarkan dendam keluarga kepada pemangsa yang buat perkara tidak senonoh kepada anak saudara dia kerana kita tahu dendam tidak akan terhakis,” katanya.

Semalam, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin mencadangkan pihak keselamatan Malaysia mencontohi Presiden Filipina, Rodrigo Duterte yang terkenal dengan dasar kontroversi melancarkan perang besar-besaran ke atas gejala dadah dengan menembak mati mereka yang disyaki terlibat.

“Kenapa kita tidak mengikut cara Filipina. Kenapa tidak boleh?” soal beliau di Dewan Rakyat.

Bung turut menganjurkan penagih dipenjarakan tanpa bicara, sementara pengedar ditembak mati.

“Apa masalah? Sekarang rakyat kita kalau kita biarkan bermakna lesulah masa depan negara kita kalau kita tidak uruskan dengan baik.”

Cadangan itu bagaimanapun dipersoalkan wakil rakyat DAP, Ram Karpal Singh dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

KaitanTembak saja, Bung Moktar anjur perang dadah ala Duterte


Mak aiih......ganasnya cadangan hukuman 2 MP nih! merupakan Entri ulangsiar. Credit kepada sumber asal di Mak aiih......ganasnya cadangan hukuman 2 MP nih!
Tag : Semasa
0 Komentar untuk "Mak aiih......ganasnya cadangan hukuman 2 MP nih!"

Back To Top