Gema Semua Maklumat

Mana pejuang kebebasan, kenapa tidak bersuara dalam isu tudung, soal Presiden Isma

Mana pejuang kebebasan, kenapa tidak bersuara dalam isu tudung, soal Presiden Isma

BANGI, 25 Safar 1439H, Selasa – Sikap membisu pejuang hak asasi manusia dalam isu larangan bertudung ke atas pekerja meja hadapan hotel diselar oleh Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman.

“Mana pejuang kebebasan? Mana pergi pejuang hak asasi? Kenapa mereka tidak bersuara?,” soal Ustaz Abdullah dalam satu kenyataan hari ini.

Ustaz Abdullah berkata, golongan pejuang kebebasan sepatutnya tidak berdiam diri dalam mempertahankan hak asasi wanita Islam untuk pakai apa yang mereka suka.

Katanya lagi, hak kebebasan individu memilih pakaian sepatutnya dihormati termasuk bagi umat Islam.

“Apa hak hotel untuk mencampuri hak kebebasan individu seseorang? Tidakkah memilih pakaian adalah kebebasan yang perlu dihormati oleh majikan?

“Atau sebenarnya mereka pun sebenarnya tak suka apa yang namanya Islam?,” soalnya lagi.

Isu tudung ini menjadi hangat berikutan kenyataan Presiden Persatuan Hotel Malaysia (MAH) yang mempertahankan tindakan industri perhotelan negara melarang pekerja wanita beragama Islam bertudung bekerja di bahagian perkhidmatan pelanggan, sambil menegaskan ia sebahagian daripada polisi antarabangsa.

The post Mana pejuang kebebasan, kenapa tidak bersuara dalam isu tudung, soal Presiden Isma appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Mana pejuang kebebasan, kenapa tidak bersuara dalam isu tudung, soal Presiden Isma
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Mana pejuang kebebasan, kenapa tidak bersuara dalam isu tudung, soal Presiden Isma"

Back To Top