Gema Semua Maklumat

Martabatkan Bahasa Melayu tanggungjawab semua, bukan DBP sahaja: Datuk Aziz Deraman

Martabatkan Bahasa Melayu tanggungjawab semua, bukan DBP sahaja: Datuk Aziz Deraman

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 27 Safar 1439H, Khamis – Semua pihak termasuk agensi kerajaan, swasta mahupun persendirian perlu mempunyai rasa tanggungjawab untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.

Bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk A. Aziz Deraman berkata, tanggungjawab melaksanakan dasar bahasa bukan terletak kepada DBP semata-mata.

“Ia adalah tanggungjawab semua dan juga Perlembagaan. Perlembagaan Persekutuan telah meletakkan banyak perkara yang harus menjadi tanggungjawab bersama. Salah satunya, bahasa Kebangsaan.

“Dalam perkara 152 Perlembagaan, ia bukan untuk DBP sahaja, tetapi tapi untuk semua orang, termasuklah Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan (bermakna badan-badan kerajaan, kementerian, agensi termasuklah Pihak Berkuasa Tempatan.

“Yang menjadi masalah sekarang apabila mereka tidak mahu memahami bahawa ia tanggungjawab Perlembagaan dan tanggungjawab diri sendiri,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini.

Mengulas mengenai dakwaan segelintir pihak kononnya DBP kurang memainkan peranan, katanya, DBP hanya bertanggungjawab dari aspek pembangunan pembinaan sahaja.

“Misalnya, nak sebut bagaimana, nak eja bagaimana, membakukan bahasa, istilah dan sebagainya. Itu peranan DBP. Dalam masa sama, DBP juga memberi khidmat nasihat.

“DBP kena jaga dari segi penggunaan tapi pelaksanaan itu mesti dilaksanakan oleh semua pihak, negeri, persekutuan dan juga kerajaan tempatan. Itu konsep yang ada dalam Perlembagaan yang termaktub.

“Jadi, kalau mereka tidak menghayati dan tidak faham, bukan salah DBP. Itu salah. DBP adalah untuk pelaksanaan dasar bahasa. Saya harap DBP tidak perlu jadi pengemis bahasa di negara sendiri,” katanya.

The post Martabatkan Bahasa Melayu tanggungjawab semua, bukan DBP sahaja: Datuk Aziz Deraman appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Martabatkan Bahasa Melayu tanggungjawab semua, bukan DBP sahaja: Datuk Aziz Deraman
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Martabatkan Bahasa Melayu tanggungjawab semua, bukan DBP sahaja: Datuk Aziz Deraman"

Back To Top