SINGAPURA, 5 Rabiulawal 1439H, Jumaat – Seorang pemandu GrabCar dipenjara selepas didapati bersalah mencabul seorang penumpang wanita berusia 21 tahun yang tertidur ketika dalam perjalanan.
Ng Seng Chye, 64, dilaporkan mengambil kesempatan terhadap mangsa apabila dia gagal mengejutkan gadis berkenaan yang tertidur selepas dipercayai mabuk arak.
Gadis itu hanya tersedar apabila menyedari tertuduh bersandar dan membelai tubuhnya.
Terkejut dengan perbuatan pemandu itu, gadis berkenaan tergesa-gesa membayar tambang S$20 dan turun dari GrabCar itu, tetapi tertinggal beberapa barang peribadinya, termasuk beg kasut dan telefon bimbit.
Timbalan Pendakwa Raya, Sruthi Boppana berkata, perjalanan malam itu yang sepatutnya hanya 20 minit menjadi 90 minit kerana mangsa masih tidur di dalam kereta.
Mangsa yang menjadi takut dan bimbang terhadap perbuatan yang dilakukan oleh Ng kemudian menghubungi talian Grab bagi mendapatkan semula barang yang tertinggal di dalam teksi itu.
Dia juga menceritakan kepada ibunya apa yang telah terjadi, sebelum membuat laporan polis.
Susulan itu, Ng dihukum penjara selama 16 bulan kerana perbuatannya. – Agensi
The post Pemandu GrabCar cabul penumpang tertidur dipenjara appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Pemandu GrabCar cabul penumpang tertidur dipenjara
0 Komentar untuk "Pemandu GrabCar cabul penumpang tertidur dipenjara"