Gema Semua Maklumat

Penduduk di Utara dinasihat siap sedia gelombang kedua banjir

Penduduk di Utara dinasihat siap sedia gelombang kedua banjir

KUALA LUMPUR, 19 Safar 1439H, Rabu – Penduduk di Utara Semenanjung dinasihatkan untuk bersiap sedia kemungkinan berlaku gelombang kedua banjir, memandangkan musim tengkujuh masih belum berakhir.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, banjir masih boleh berlaku disebabkan musim tengkujuh dijangkakan sehingga penghujung tahun ini.

“Musim tengkujuh dijangka berakhir menjelang penghujung November ini,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Beliau juga berkata, kementeriannya akan menunggu arahan rasmi dan bajet sebelum memulakan kajian teknikal terhadap 13 projek tebatan banjir oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pulau Pinang yang diberi peruntukan RM1 bilion

Katanya, infrastruktur sedia ada tidak mencukupi bagi menangani keadaan itu.

“Pengairan dan saliran bandar terletak dalam bidang kuasa pihak berkuasa tempatan, tetapi oleh kerana ianya telah disebutkan oleh perdana menteri, kita akan melihat semula bagaimana nanti,” katanya.

The post Penduduk di Utara dinasihat siap sedia gelombang kedua banjir appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Penduduk di Utara dinasihat siap sedia gelombang kedua banjir
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Penduduk di Utara dinasihat siap sedia gelombang kedua banjir"

Back To Top