Gema Semua Maklumat

Pihak berkuasa Filipina buru rakyat Malaysia

Pihak berkuasa Filipina buru rakyat Malaysia

MANILA, 18 Safar 1439H, Selasa – Seorang rakyat Malaysia kini menjadi buruan pihak berkuasa Filipina kerana dipercayai menjadi pemimpin baharu kepada kumpulan-kumpulan militan di seluruh Asia Tenggara.

Setiausaha Pertahanan Fi­lipina, Delfin Lorenzana berkata, pihaknya sedang mencari seorang individu yang dikenali sebagai Amin Baco.

“Amin Baco merupakan rakyat Malaysia dan dia disyaki menjadi pemimpin baharu atau ‘emir’ kepada kumpulan-kumpulan militan di seluruh Asia Tenggara,” katanya.

Seorang sumber ketenteraan berkata, Amin bakal mendokong jawatan sebagai pemimpin baharu berdasarkan hubungan baiknya dengan beberapa puak pelampau daripada pelbagai kumpulan di Mindanao.

“Amin mungkin berada di pulau Jolo atau berhampiran Maguindanao dan dia mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Jemaah Islamiah.

“Amin dilaporkan telah berkahwin dengan anak perempuan pemimpin kumpulan militan tempatan dan dipercayai sebelum ini pernah menyalurkan dana, senjata api dan merekrut ahli baharu dari Indonesia dan Malaysia,” katanya.

The post Pihak berkuasa Filipina buru rakyat Malaysia appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Pihak berkuasa Filipina buru rakyat Malaysia
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Pihak berkuasa Filipina buru rakyat Malaysia"

Back To Top