BANGI, 22 Safar 1439H, Sabtu – Polis menafikan penyebaran maklumat di laman sosial kononnya berlaku letupan di sebuah pusat membeli-belah di ibu negara dan di utara Perak.
Ia susulan tularnya gambar berhubung penemuan kotak di sebuah pusat membeli-belah di Pantai Dalam pada Khamis lalu, sekali gus mencetuskan kebimbangan pengunjung yang menganggap bahawa ianya sebagai bom.
Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ruslan Khalid mengesahkan bahawa tiada bahan letupan ditemui dalam kotak itu.
“Kotak itu telah dimusnahkan,” katanya seperti dilapor The Star, hari ini.
Sehubungan itu, ACP Ruslan menasihatkan orang ramai supaya bertanggungjawab apabila berkongsi sebarang maklumat dalam talian.
“Seperti yang diketahui, kotak itu ditinggalkan sebagai bahan jenaka. Orang ramai perlu menyemak dan mengesahkan semua maklumat yang diterima sebelum dikongsi,” katanya.
Sementara di Ipoh, Timbalan Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu, Raduan Mohamad menafikan bahawa terdapat kejadian letupan berlaku di negeri itu.
Sebaliknya menurut beliau, satu letupan kecil berlaku ketika sebuah kilang papan lapis di daerah itu terbakar.
The post Polis nafi berlaku letupan di ibu negara, Perak appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Polis nafi berlaku letupan di ibu negara, Perak
0 Komentar untuk "Polis nafi berlaku letupan di ibu negara, Perak"