Gema Semua Maklumat

PRU14: SPRM sudah terima senarai calon untuk disaring

PRU14: SPRM sudah terima senarai calon untuk disaring

BANGI, 1 Rabiulawal 1439H, Isnin – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menerima senarai nama calon dari beberapa parti politik yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, pihaknya memberi peluang kepada mana-mana parti yang ingin bertanding untuk menghantar senarai nama calon.

“Bagaimanapun, tiada paksaan kepada parti-parti terbabit untuk berbuat demikian. Sekiranya kita ada terima, kita bersedia untuk melakukan proses saringan.

“Hal ini kerana ia dilakukan secara sukarela oleh parti-parti yang ingin bertanding dalam PRU14 kelak,” katanya.

Beliau berkata, proses saringan adalah untuk memastikan bakal-bakal calon terbabit bersih khususnya daripada aspek salahguna kuasa atau rasuah.

The post PRU14: SPRM sudah terima senarai calon untuk disaring appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di PRU14: SPRM sudah terima senarai calon untuk disaring
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "PRU14: SPRM sudah terima senarai calon untuk disaring"

Back To Top