Gema Semua Maklumat

Putera Arab Saudi terbunuh nahas helikopter

Putera Arab Saudi terbunuh nahas helikopter

Sumber foto: Daily Mail

RIYADH, 17 Safar 1439H, Isnin – Seorang Putera Arab Saudi adalah antara lapan orang yang terbunuh dalam nahas helikopter dekat sempadan selatan negara itu dengan Yaman, semalam.

Menurut saluran berita kerajaan, al-Ekhbariya, Timbalan Gabenor wilayah Asir, Putera Mansour Muqrin terbunuh bersama beberapa pegawai kerajaan lain dalam kemalangan itu.

Sementara itu, agensi berita Al-Arabiya melaporkan terdapat sebuah video menunjukkan Putera Mansour dan pegawai lain menaiki helikopter sebelum kemalangan yang membunuh kesemuanya.

Setiausaha Asir Sulayman al-Juraish dan Setiausaha rantau Asir dilihat mengiringi Putera Mansour.

Terdahulu, Putera Mansour dilaporkan memeriksa beberapa projek di al-Saida al-Sawalha, yang dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Asir. – Agensi

The post Putera Arab Saudi terbunuh nahas helikopter appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Putera Arab Saudi terbunuh nahas helikopter
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Putera Arab Saudi terbunuh nahas helikopter"

Back To Top