Gema Semua Maklumat

Rejim Mesir gesa Hamas tidak balas serangan Zionis

Rejim Mesir gesa Hamas tidak balas serangan Zionis

Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh turut hadir pada pengebumian mangsa yang terkorban dalam serangan Israel ke atas terowong di Semenanjung Gaza, Isnin lalu.

SEMENANJUNG GAZA, 14 Safar 1439H, Jumaat – Rejim Mesir menggesa Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) untuk tidak bertindak balas terhadap Israel, berikutan serangan ke atas sebuah terowong, Isnin lalu.

Dalam serangan itu, rejim Israel melepaskan lima peluru berpandu mengenai terowong yang sedang digali di Deir Al-Balah, di timur bandar Khan Younis di Semenanjung Gaza.

Serangan itu menyebabkan tujuh pejuang Jihad Islam dan dua pejuang Hamas terbunuh, manakala 12 lagi dilaporkan cedera.

Berikutan itu, sayap bersenjata Jihad Islam – Brigade al-Quds – dan Brigade Izz Eddine al-Qassam, sayap bersenjata Hamas bersumpah untuk bertindak balas.

Media melaporkan Mesir memberi tekanan dan gesaan kepada Hamas supaya bertenang dan tidak bertindak balas.

Walaupun, menghadapi banyak kematian, termasuk dalam kes terowong itu, Kaherah meminta warga Palestin untuk tidak memburukkan lagi keadaan yang boleh mencetuskan ketegangan baharu di rantau itu. – Agensi

The post Rejim Mesir gesa Hamas tidak balas serangan Zionis appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Rejim Mesir gesa Hamas tidak balas serangan Zionis
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Rejim Mesir gesa Hamas tidak balas serangan Zionis"

Back To Top