RM13 juta: Wanita isteri rakyat tempatan serta 17 wanita China dan Filipina ditahan -
RM13 juta: Wanita isteri rakyat tempatan serta 17 wanita China dan Filipina ditahan merupakan Entri ulangsiar. Credit kepada sumber asal di RM13 juta: Wanita isteri rakyat tempatan serta 17 wanita China dan Filipina ditahan
Wanita ditahan berhubung penemuan RM13 juta wang tunai di Sabah
Jason Santos · Diterbitkan pada 28 Nov 2017 4:09PM
JABATAN Imigresen Sabah telah menahan seorang wanita berusia 46 tahun berhubung RM13 juta yang dirampas dalam serbuan di sebuah hotel dan pangsapuri di Kota Kinabalu pada 24 November lalu.
Wanita itu merupakan isteri kepada salah seorang rakyat tempatan yang ditahan dalam serbuan waktu subuh itu.
Turut ditahan seorang lelaki warga Filipina dan 17 wanita China dan Filipina.
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Mustafar Ali berkata, wanita itu ditahan di sebuah pangsapuri sekitar tengah hari tadi.
“Kami sedang menyiasat dari pelbagai dan berusaha untuk mengenal pasti segala kesalahan berhubung kes ini.
“Lembaga Hasil Dalam Negeri, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan juga polis terlibat untuk kes ini,” katanya dalam sidang media berhubung serbuan di Kota Kinabalu itu.
Sejumlah wang tunai berjumlah RM13,563,227.60 telah dirampas dalam dua lokasi berasingan. RM1.1 juta dari jumlah itu dijumpai dalam pangsapuri berdekatan sebuah hotel.
Mustafar berkata, wang tunai itu dijumpai tersembunyi dalam sebuah spa dalam hotel, selain pangsapuri itu juga dipercayai milik lelaki tempatan yang ditahan.
“Wang itu disimpan dalam kotak-kotak. Ada yang dijumpai dalam katil dan dalam almari di dua premis berasingan.
“Kami percaya wang itu diperoleh hasil dari perniagaan haram yang telah beroperasi banyak tahun seperti yang direkod oleh pengusaha. Wang ini dari tahun 2008 lagi,” kata Mustafar, menambah bahawa sebahagian dari wang tunai ini telah berkulat, menunjukkan bahawa ia telah lama disembunyi.
Mustafar percaya, pengusaha itu telah melanggar 10 undang-undang imigresen yang termaktub dalam Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.
Katanya, mereka juga sedang mengenal pasti mereka yang masuk secara haram dan mereka yang tinggal lebih dari tempoh kerana ada wanita asing yang tidak mempunyai dokumen sah dan tinggal melebihi tempoh di Sabah.
“Agensi lain juga sedang mengenal pasti sama ada lelaki itu melanggar undang-undang. Lembaga hasil sedang menyemak rekod kewangan syarikat berkenaan sama ada mengelak cukai atau tidak,” katanya. – 28 November, 2017.

Tag :
Semasa
0 Komentar untuk "RM13 juta: Wanita isteri rakyat tempatan serta 17 wanita China dan Filipina ditahan"