RIYADH, 24 Safar 1439H, Isnin – Bekas Perdana Menteri Lubnan, Saad Hariri menolak khabar angin bahawa beliau ditahan kerana enggan mengikut kehendak Arab Saudi, dan berjanji akan pulang ke Beirut tidak lama lagi bagi mengesahkan peletakan jawatannya.
Membuat kenyataan pertamanya menerusi Future TV, stesen televisyen yang bersekutu dengannya, selepas mengumumkan peletakan jawatan 4 November lalu, di Riyadh, hari ini, Hariri berkata, beliau bebas di Arab Saudi.
“Di Arab Saudi saya bebas sepenuhnya. Tetapi saya juga mahu melihat keluarga dan akan pulang ke Beirut dalam masa beberapa hari lagi,” katanya.
Dalam satu langkah mengejutkan, beliau pada 4 November lalu mengumumkan peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri Lubnan ketika berada di Arab Saudi.
Membaca kenyataan peletakan jawatannya, Hariri menyalahkan campur tangan Iran ke atas Lubnan menerusi Hezbollah, sambil menambah beliau bimbang keselamatan dirinya dan mungkin dibunuh, sebagaimana yang berlaku kepada bapanya, Rafiq, pada 2005.
Sebelum ini, pegawai Lubnan percaya Hariri dikenakan tahanan rumah di Riyadh. Kemunculannya di televisyen hari ini, bertujuan meredakan khabar angin bahawa beliau ditangkap.
Kerajaan Lubnan sebelum ini, turut dianggotai oleh Syiah Hezbollah yang mendapat sokongan kuat Iran, manakala Hariri pula adalah tokoh politik Sunnah, sekutu Arab Saudi. – Agensi
Hariri ‘dipaksa’ letak jawatan kerana gagal tangani Syiah Hezbollah
The post Saad Hariri nafi beliau ditangkap appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Saad Hariri nafi beliau ditangkap
0 Komentar untuk "Saad Hariri nafi beliau ditangkap"