KUALA LUMPUR, 4 Rabiulawal 1439H, Khamis – Pihak hotel disarankan supaya menyelaras pakaian seragam kakitangannya, terutama di bahagian kaunter depan selari dengan tuntutan agama dan budaya di negara ini.
Bercakap di Parlimen hari ini, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, dengan langkah itu secara tidak langsung mengelakkan wujud unsur diskriminasi, selaras dengan kebebasan beragama yang diperuntukkan dalam Perlembagaan.
Nazri berkata, polisi larangan bertudung pekerja kaunter depan ini bukan hanya membabitkan orang Islam sahaja, malah didakwa turut melibatkan kaum India dan Sikh.
“Saya tengok kakitangan terdiri daripada perempuan India pakai sari, atau seorang Punjabi Sikh pakai serban, mungkin hadapi isu sama, kita tidak pernah soal.
“Mungkin ada dasar tidak membenarkan orang India Malaysia pakai sari, satu kemungkinan, mungkin dipaksa pakai ‘skirt’,” katanya menjawab pertanyaan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) di Dewan Rakyat, hari ini.
Menurut Nazri, sebagai sebuah negara berbilang kaum, tidak salah sekiranya pihak hotel menetapkan satu uniform sama yang masih mengekalkan tuntutan agama dan budaya mereka.
The post Selaraskan seragam pekerja hotel ikut tuntutan agama, budaya appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Selaraskan seragam pekerja hotel ikut tuntutan agama, budaya
0 Komentar untuk "Selaraskan seragam pekerja hotel ikut tuntutan agama, budaya"