KUALA LUMPUR, 4 Rabiulawal 1439H, Khamis – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berang apabila tidak ada pihak yang memuji tindakan kerajaan menurunkan harga runcit petrol dan diesel untuk minggu ini.
“Semalam, kita umumkan lapan sen penurunan, haram satu perkataan pun dari pembangkang nak memuji kerajaan.
“Satu blok pembangkang tidak cakap apa-apa dalam memuji usaha kerajaan tapi kalau harga naik kita bersedialah dengan segala tohmahan yang dibuat,” katanya.
Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim yang mahu mengetahui langkah strategik kerajaan bagi mengurangkan impak kenaikan harga minyak.
Semalam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan penurunan harga RON95, RON97 dan diesel sebanyak 8 sen.
Penurunan itu adalah selepas kenaikan harga minyak lima minggu berturut-turut sebelum ini.
Rahman berkata, kerajaan akan bertindak sekiranya harga RON95 dan diesel mencecah RM2.50 seliter.
“Bila kita sampai ke harga RM2.50 seliter itu kerajaan akan bertindak untuk melindung kepentingan rakyat dan itu janji Perdana Menteri dan kerajaan akan membuat tindakan yang sesuai,” katanya.
The post ‘Sepatah haram’ tak puji kerajaan turun harga minyak: Rahman Dahlan appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di ‘Sepatah haram’ tak puji kerajaan turun harga minyak: Rahman Dahlan
0 Komentar untuk "‘Sepatah haram’ tak puji kerajaan turun harga minyak: Rahman Dahlan"