Gema Semua Maklumat

Sijil UEC: MCA sengaja cetus api perbalahan kaum

Sijil UEC: MCA sengaja cetus api perbalahan kaum

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 8 Rabiulawal 1439H, Isnin – Parti Cina rasis dan anti-Islam, MCA tidak perlu masuk campur dalam isu Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), yang bukan dalam ruang lingkup perbincangan mereka.

Presiden Ikatan Guru-guru Muslim Malaysia (iGuru), Ustaz Mohd Azizee Hasan berkata, parti itu sepatutnya tutup mulut dan tidak perlu mempertahan sesuatu yang sah bertentangan dengan sistem pendidikan negara.

“Apa masalah mereka sebenarnya? MCA kena ingat, desakan mereka itu boleh menggugat kestabilan kaum dan membakar serta mencetus api perbalahan kaum.

“Cukup-cukuplah. Sepatutnya semua pihak tidak kira apa bangsa pun perlu menghormati Dasar Pendidikan Kebangsaan dan apa yang termaktub di dalam Perlembagaan Perkara 152(1),” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan MCA baru-baru ini, yang mendakwa sijil UEC dipandang tinggi di peringkat antarabangsa kerana diiktiraf pelbagai universiti terkemuka seluruh dunia.

Bahkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Wee Ka Siong juga berjanji tidak akan berhenti daripada memperjuangan sijil itu, kononnya akan mempertahankan UEC selaku Menteri Kabinet.

Mengulas lanjut, Ustaz Azizee, berkata setelah sekian lama isu sijil UEC ini diperdebatkan, kerajaan perlu bertegas menyatakan pendirian supaya tidak terus diasak.

“Kita minta sangat kerajaan menilai semula keberkesanan sekolah vernakular dalam mewujudkn perpaduan kaum. Kemungkinan ia adalah faktor kenapa mereka terus mendesak sijil UEC diiktiraf,” katanya.

The post Sijil UEC: MCA sengaja cetus api perbalahan kaum appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Sijil UEC: MCA sengaja cetus api perbalahan kaum
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Sijil UEC: MCA sengaja cetus api perbalahan kaum"

Back To Top