Gema Semua Maklumat

SKMM kenal pasti sumber bocor data peribadi

SKMM kenal pasti sumber bocor data peribadi

 

KUALA LUMPUR, 12 Safar 1439H, Rabu – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesahkan sudah mengenal pasti sumber yang menyebabkan kebocoran data peribadi rakyat Malaysia.

Menterinya, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, maklumat itu diperoleh daripada hasil perbincangan dengan syarikat telekomunikasi, semalam.

Sebelum ini, laporan Lowyat.net mendakwa, mereka mendapat maklumat terdapat pihak yang sedang menjual pengkalan data maklumat peribadi milik rakyat Malaysia.

Lowyat.net juga mengesahkan 46.2 juta nombor telefon bimbit daripada pelbagai syarikat telekomunikasi tempatan dibocorkan dalam talian.

Bagaimanapun Salleh berkata, siasatan mengenai kebocoran maklumat ini akan dapat diselesaikan secepat mungkin.

“SKMM telah mengaturkan perjumpaan dengan semua syarikat telekomunikasi untuk membincangkan berkenaan kes kebocoran maklumat ini. Dan pihak SKMM dan polis sedang menyiasat kes ini.

“Bagaimanapun, kita sudah kenal pasti daripada sumber-sumber mana yang berkemungkinan kebocoran maklumat ini berlaku,” katanya seperti dilapor berita, hari ini.

Lowyat.net dalam laporannya juga mendakwa, pada peringkat awal, mereka sangat ragu-ragu dan menganggap cubaan menjual data peribadi itu sebagai penipuan.

Bagaimanapun dakwa Lowyat.net itu lagi, setelah disiasat mendapati ia mungkin kebocoran data paling besar dalam sejarah Malaysia.

The post SKMM kenal pasti sumber bocor data peribadi appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di SKMM kenal pasti sumber bocor data peribadi
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "SKMM kenal pasti sumber bocor data peribadi"

Back To Top