Gema Semua Maklumat

PAS sedia bertahaluf siyasi pihak dipimpin Islam

PAS sedia bertahaluf siyasi pihak dipimpin Islam

KEPALA BATAS, 17 Syaaban 1438H, Ahad – PAS bersikap terbuka untuk menjalinkan tahaluf siyasi dengan mana-mana pihak dengan syarat kerjasama itu mesti dipimpin oleh Islam.

Mursyidul Amnya, Hashim Jasin yang dipetik akhbar tempatan berkata, PAS memang sentiasa bersikap terbuka dan sedia berbincang dengan mana-mana parti.

Malah, beliau berkata, PAS tidak menolak kemungkinan mengadakan tahaluf siyasi dengan UMNO pada masa depan.

Katanya, tindak-tanduk UMNO serta presidennya, Datuk Seri Najib Razak yang meletakkan konsep Islam dalam pentadbiran memungkinkan perkara itu berlaku.

“Kita bersedia bertahaluf siyasi bukan sahaja dengan UMNO tetapi dengan pertubuhan bukan kerajaan, lain termasuk Parti Cinta Malaysia yang menunjukkan minat,” katanya.

Parti Cinta Malaysia ialah sebuah pertubuhan politik yang ditubuhkan pada 2009 oleh bekas pemimpin Gerakan, Huan Cheng Guan.

Huan pernah terpilih sebagai anggota parlimen Batu Kawan selama satu penggal pada 2004.

The post PAS sedia bertahaluf siyasi pihak dipimpin Islam appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di PAS sedia bertahaluf siyasi pihak dipimpin Islam
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "PAS sedia bertahaluf siyasi pihak dipimpin Islam"

Back To Top