Gema Semua Maklumat

Teliti pengambilan pengasuh, elak kejadian tak diingini berulang

Teliti pengambilan pengasuh, elak kejadian tak diingini berulang

SEBERANG TAKIR, 18 Safar 1439H, Selasa – Kementerian Sumber Manusia akan meneliti pengambilan pengasuh di taska dengan sebaiknya supaya kes pengabaian dan penganiayaan kanak-kanak dapat dielakkan.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata, pihaknya akan mempertingkatkan penguatkuasaan agar semua pengasuh memenuhi kriteria yang ditetapkan.

“Penguatkuasaan secara serius itu bertujuan memastikan kes pengabaian dan penganiayaan kanak-kanak dapat dikekang sepenuhnya.

“Meskipun kes pengabaian dan penganiayaan kanak-kanak di negara ini masih terkawal, namun langkah pencegahan perlu diambil segera. Sebab itu kita sangat serius dan sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan penguatkuasaan dalam pengambilan pengasuh.

“Malah, langkah yang kita laksanakan ini juga dapat memastikan kes penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak berada pada tahap sifar,” katanya yang dipetik Sinar Online.

Pada masa sama, Ismail turut meminta kerjasama pengusaha atau pemilik taska untuk sentiasa mematuhi garis panduan ditetapkan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

“Sebelum ambil pekerja, pengusaha taska perlu memastikan individu sihat mental dan fizikal, tidak mempunyai masalah dan sebagainya.

“Ini bagi memastikan insiden pengasuh mendera atau mengabaikan kanak-kanak di taska tidak berulang seperti mana beberapa kes dilaporkan sebelum ini,” katanya.

The post Teliti pengambilan pengasuh, elak kejadian tak diingini berulang appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Teliti pengambilan pengasuh, elak kejadian tak diingini berulang
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Teliti pengambilan pengasuh, elak kejadian tak diingini berulang"

Back To Top