KUALA LUMPUR, 4 Rabiulawal 1439H, Khamis – Kerajaan menyerahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk memutuskan keperluan mengumumkan perubahan harga bahan bakar khususnya petrol dan diesel setiap minggu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata ini bagi mengelak sebarang spekulasi dalam kalangan rakyat mengenai hal itu.
“Saya pernah mengutarakan pada Kabinet, sama ada perlu atau tidak kerajaan umum secara rasmi perubahan harga minyak setiap minggu, sebab formula yang digunakan sudah pun dikenal pasti dan diketahui ramai,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini bagi menjawab pertanyaan Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor).
Bermula 29 Mac lalu, kerajaan menerusi KPDNKK melaksanakan kaedah pengapungan terkawal penetapan harga jualan runcit petrol dan diesel secara mingguan dan pengumuman perubahan harga dilakukan melalui laman sesawang dan Facebook rasmi kementerian.- Bernama
The post Terpulang KPDNKK untuk umum harga minyak setiap minggu appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Terpulang KPDNKK untuk umum harga minyak setiap minggu
0 Komentar untuk "Terpulang KPDNKK untuk umum harga minyak setiap minggu"