BANGI, 15 Safar 1439H, Sabtu – Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD) menafikan kenyataan tular kononnya negara mengalami suhu terendah sebagaimana yang tersebar di laman sosial kebelakangan ini.
Ketua Pengarah MMD dalam satu kenyataan berkata, tular itu menasihatkan orang ramai supaya tidak berada di luar rumah selepas jam 11 malam adalah tidak benar.
Menurutnya, suhu minima yang direkodkan adalah normal iaitu sekitar 23 darjah celcius, lazimnya berlaku pada waktu subuh.
“Maklumat sahih berkaitan cuaca boleh diperolehi melalui laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia (www.met.gov.my), aplikasi mobil (myCuaca), media sosial (facebook:malaysiamet dan twitter:@malaysianmet) dan Hotline MMD di talian 1300 22 1MET (1638),” kata kenyataan itu.
The post Tiada suhu terendah dialami di Malaysia appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Tiada suhu terendah dialami di Malaysia
0 Komentar untuk "Tiada suhu terendah dialami di Malaysia"