Gema Semua Maklumat

Timbalan pengarah jabatan kerajaan ditahan disyaki terima suapan

Timbalan pengarah jabatan kerajaan ditahan disyaki terima suapan

BANGI, 15 Safar 1439H, Sabtu – Seorang timbalan pengarah di sebuah jabatan kerajaan ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam tadi, kerana disyaki bersubahat meminta dan menerima rasuah.

Memetik laporan Berita Harian, sumbernya memberitahu bahawa suspek ditahan kira-kira jam 11 malam tadi di pejabat SPRM Johor kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM8,000 daripada pengurus projek sebuah syarikat kejuruteraan petroleum.

Dalam serbuan SPRM malam tadi, pasukan penyiasat menggeledah tiga lokasi berasingan dan menemui wang tunai berjumlah RM40,400 serta matawang asing RM5,000.

SPRM turut merampas beberapa dokumen berkaitan projek berkenaan.

Difahamkan, suspek berusia 47 tahun itu menerima wang suapan berkenaan daripada pengurus projek menerusi seorang pegawa kanan yang sudah direman Rabu lalu.

Rasuah itu dilaporkan bertujuan untuk tidak mengambil tindakan terhadap pemasangan mesin angkat tanpa kebenaran pihak sewajarnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai rasuah atau RM10,000 yang mana lebih tinggi dan penjara sehingga 20 tahun.

Suspek akan dihadapkan ke mahkamah pagi ini untuk permohonan reman.

The post Timbalan pengarah jabatan kerajaan ditahan disyaki terima suapan appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Timbalan pengarah jabatan kerajaan ditahan disyaki terima suapan
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Timbalan pengarah jabatan kerajaan ditahan disyaki terima suapan"

Back To Top