KUCHING, 16 Safar 1439H, Ahad – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata beliau telah mengarahkan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk bekerjasama dengan polis dan anggota tentera bagi membantu mangsa banjir di Pulau Pinang.
Katanya beliau menerima panggilan daripada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada 3.34 pagi untuk memaklumkan mengenai keadaan banjir di negeri itu sebelum mengarahkan MKN menggerakkan agensi terlibat.
“Pada 8.30 pagi ini, mereka telah menggerakkan unit berkenaan untuk membantu mangsa banjir,” katanya kepada pemberita sebelum menghadiri program Ekspresi Negaraku di sini.
Ahmad Zahid tiba di Sarawak malam tadi dan dijangka menghadiri satu lagi acara di Ibu Pejabat Polis Sarawak di sini sebelum mengakhiri lawatannya di negeri ini. – Bernama
The post TPM arahkan MKN bantu mangsa banjir di Pulau Pinang appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di TPM arahkan MKN bantu mangsa banjir di Pulau Pinang
0 Komentar untuk "TPM arahkan MKN bantu mangsa banjir di Pulau Pinang"