ANKARA, 2 Rabiulawal 1439H, Selasa – Pihak berkuasa Turki mengeluarkan waran tangkap kepada 107 orang guru, ekoran plot gagal cubaan rampasan kuasa dan menggulingkan Presiden Recep Tayyip Erdogan, Julai tahun lalu.
Seramai 51 orang telah ditahan di Ankara selepas pendakwa raya tempatan mengeluarkan waran tersebut.
Sebelum ini, kesemua guru berkenaan digantung tugas sepanjang siasatan terhadap mereka dijalankan.
Sejak perintah darurat dikuat kuasakan pada 20 Julai tahun lalu, lebih 50,000 orang telah ditahan dan 150,000 lagi dikenakan tindakan tegas kerana terlibat dalam plot rampasan kuasa itu.
Pada 15 Julai tahun lalu, rakyat Turki turun beramai-ramai di jalan raya bagi menghalang cubaan rampasan kuasa oleh kumpulan yang dikenali sebagai Pertubuhan Pengganas Fethullah (Feto) yang dipimpin oleh Fethullah Gulen, seorang ulama buangan di Amerika Syarikat.
Gulen bersama pengikutnya dikatakan telah mengebom bangunan Parlimen Turki dengan menggunakan pesawat pejuang dan helikopter, selain membuat sekatan jalan raya dan cubaan membunuh Presiden Erdogan. -Agensi
The post Turki keluar waran tangkap kepada 107 guru appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Turki keluar waran tangkap kepada 107 guru
0 Komentar untuk "Turki keluar waran tangkap kepada 107 guru"