BANGI, 7 Rabiulawal 1439H, Ahad – Seorang wanita meneguk racun rumpai di rumahnya di Simpang Durian, Jelebu, dipercayai mengalami tekanan berkaitan hutang pengajian.
Ketua Polis Jelebu, Deputi Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, wanita berusia 44 tahun itu mengalami kemurungan.
“Berdasarkan siasatan, wanita ini dikatakan kemurungan di samping tertekan selepas diminta menjelaskan hutang pengajian. Dia kini dalam keadaan stabil,” katanya seperti dilapor MyMetro.
Kamarul berkata, kejadian disedari anak lelaki wanita itu berusia 11 tahun, apabila mendapati ibunya terbaring berhampiran stor rumah, dalam keadaan mulut berbuih.
Kemudian, suami wanita terbabit yang berada di Kuala Pilah pulang ke rumah, membawa isterinya ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.
The post Wanita minum racun tertekan hutang pengajian appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Wanita minum racun tertekan hutang pengajian
0 Komentar untuk "Wanita minum racun tertekan hutang pengajian"