Gema Semua Maklumat

Yayasan Ikhlas perlukan RM227,500 bantu pelarian Rohingya

Yayasan Ikhlas perlukan RM227,500 bantu pelarian Rohingya

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 12 Safar 1439H, Rabu – Yayasan Ikhlas, sebuah pertubuhan peduli dan prihatin, memerlukan sumbangan sebanyak RM227,500 lagi untuk disalurkan kepada warga Rohingya di kem pelarian di sempadan Bangladesh-Myanmar.

Aktivis Yayasan Ikhlas, Syafiq Syahmi Sazali berkata, sumbangan akan digunakan untuk bantuan kecemasan, makanan, pakaian dan perubatan di tiga kem pelarian, pembinaan khemah penempatan pelarian baru dan pembinaan telaga tiub.

Beliau berkata, sejak Februari lalu sebanyak RM172,500 telah berjaya disalurkan ke kem pelarian Kutupalong dan Balukhali.

“Yayasan Ikhlas telah membina 47 unit telaga tiub, menyalurkan bantuan makanan iftar dan sahur sepanjang Ramadan di lima kawasan, pembaikan madrasah terbiar bagi kegunaan pendidikan.

“Selain itu, Yayasan Ikhlas juga telah menyumbangkan pakaian dan selimut kepada keluarga Rohingya ketika musim sejuk dan turut menjalankan ibadah korban sebanyak 10 ekor lembu di kem pelarian,” katanya kepada Ismaweb.net.

Beliau berkata, delegasi Yayasan Ikhlas Malaysia sekali lagi akan ke kem pelarian Rohingya di beberapa kawasan, termasuk Kem Kutupalong, Kem Balukhali dan Kem Nayapara pada 23 November ini.

“Misi ini akan disertai oleh 9 anggota delegasi yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi Yayasan Ikhlas, Haji Zaim Shaari, beberapa ahli sukarelawan Yayasan Ikhlas dan ahli I-Medik yang merupakan doktor perubatan,” katanya.

Orang ramai yang berminat menyumbang boleh berbuat demikian kepada akaun Maybank Yayasan Ikhlas 5628 3463 6228, CIMB 8600 601 366 atau Bank Islam 1108 0100 1514. Makluman atau pertanyaan boleh hubungi pegawai Yayasan Ikhlas di talian 012-9790211 e-mel di yayasanikhlas2009@gmail.com

Sumbangan atas talian juga boleh dilakukan di https://www.billplz.com/saverohingya

The post Yayasan Ikhlas perlukan RM227,500 bantu pelarian Rohingya appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Yayasan Ikhlas perlukan RM227,500 bantu pelarian Rohingya
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Yayasan Ikhlas perlukan RM227,500 bantu pelarian Rohingya"

Back To Top