Gema Semua Maklumat

37 maut pusat beli-belah terbakar

37 maut pusat beli-belah terbakar

DAVAO (Selatan Filipina), 6 Rabiulakhir 1439H, Isnin – Sekurang-kurangnya 37 orang terbunuh selepas sebuah pusat beli-belah di sini, terbakar semalam.

Timbalan Datuk Bandar Davao, Paolo Duterte berkata, sukar bagi mereka yang terperangkap untuk menyelamatkan diri.

Anggota bomba mengambil masa beberapa jam untuk memadam kebakaran yang bermula di tingkat tiga dan merebak ke tingkat atas, memerangkap kakitangan pusat panggilan. Punca kebakaran masih disiasat.

Pengurus Pemasaran pusat beli-belah itu, Janna Abdullah Mutalib berkata, kebakaran bermula di tingkat tiga yang menempatkan pakaian, pelbagai peralatan dan perabot.

Kebanyakan pelanggan pula sedang membeli-belah sebagai persiapan menyambut Krismas, ketika kebakaran berlaku. – Agensi

The post 37 maut pusat beli-belah terbakar appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di 37 maut pusat beli-belah terbakar
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "37 maut pusat beli-belah terbakar"

Back To Top