Gema Semua Maklumat

Viral jemaah Malaysia dijangkiti MERS-CoV tidak benar

Viral jemaah Malaysia dijangkiti MERS-CoV tidak benar

BANGI, 5 Rabiulakhir 1439H, Ahad – Kementerian Kesihatan menafikan laporan mengatakan seorang rakyat Malaysia dijangkiti Sindrom Pernafasan Virus Korona Asia Barat (MERS-CoV).

Ia susulan viral di Twitter seorang wanita, mendakwa ahli keluarganya yang baru pulang menunaikan umrah dirawat di Hospital Putrajaya, kerana disyaki dijangkiti penyakit itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ujian makmal yang dijalankan ke atas sampel milik pesakit itu adalah negatif daripada jangkitan MERS-CoV.

“Tindakan tidak bertanggungjawab menularkan maklumat tidak sahih begini menimbulkan kerisauan masyarakat, dan amat dikesali.

“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak menyebarkan maklumat tidak sahih atau yang belum disahkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut Hisham berkata, penularan jangkitan MERS-CoV masih terus berlaku secara aktif di negara Asia Barat, terutama Arab Saudi.

Katanya, ia merupakan negara paling berisiko dan menyebabkan 80 peratus kes jangkitan yang dilaporkan di seluruh dunia.

Mengulas lanjut Noor Hisham berkata, sejak penghujung 2012, lebih 3,000 jemaah haji, umrah dan pelawat ke negara ini dijangkiti menunjukkan gejala MERS-CoV.

Bagaimanapun katanya, ujian MERS-CoV yang dijalankan ke atas mereka negatif kecuali kes yang pernah dilaporkan pada April 2014, membabitkan seorang lelaki berumur 50 tahun, yang pulang dari mengerjakan umrah.

Justeru beliau berkata, jemaah atau pelawat ke negara berisiko tinggi jangkitan MERS-CoV, dinasihatkan patuhi langkah pencegahan ketika berada di tanah suci atau selepas pulang ke Malaysia.

The post Viral jemaah Malaysia dijangkiti MERS-CoV tidak benar appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Viral jemaah Malaysia dijangkiti MERS-CoV tidak benar
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Viral jemaah Malaysia dijangkiti MERS-CoV tidak benar"

Back To Top