BANGI, 26 Rabiulawal 1439H, Jumaat – Hujan lebat beserta angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah ,Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan tengah hari tadi memaklumkan, keadaan cuaca buruk berkenaan dijangka bermula Ahad (17 Disember) sehingga Rabu (20 Disember) depan.
Keadaan itu membabitkan beberapa bahagian di Sabah iaitu Kudat, Pantai Barat dan Pedalaman (daerah Kuala Penyu, Beaufort, Sipitang, Tenom, Keningau dan Tambunan).
Di Sarawak, hujan lebat dijangka menjejaskan Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sarikei, Mukau, Sibu, Miri dan Limbang.
The post Amaran hujan lebat di Sabah, Sarawak sehingga Rabu appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Amaran hujan lebat di Sabah, Sarawak sehingga Rabu
0 Komentar untuk "Amaran hujan lebat di Sabah, Sarawak sehingga Rabu"