BANGI, 29 Rabiulawal 1439H, Isnin – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di tujuh negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Jabatan itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan petang ini memaklumkan keadaan cuaca buruk berkenaan dijangka berterusan sehingga jam 8 malam.
Keadaan itu dijangka melanda beberapa daerah di bahagian utara membabit Kedah (Kulim dan Bandar Baharu) dan Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan).
Di Perak, keadaan sama turut menjejaskan daerah Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Muallim, serta Batang Padang.
Sementara di Selangor, hujan lebat turut melanda daerah Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Sepang dan Hulu Langat.
Tidak terkecuali daerah Jelebu, Seremban dan Port Dickson di Negeri Sembilan.
The post Amaran ribut petir di tujuh negeri sehingga malam ini appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Amaran ribut petir di tujuh negeri sehingga malam ini
0 Komentar untuk "Amaran ribut petir di tujuh negeri sehingga malam ini"