Gema Semua Maklumat

Dua kubur besar dipenuhi mayat mangsa militan IS di Raqqa ditemui

Dua kubur besar dipenuhi mayat mangsa militan IS di Raqqa ditemui

RAQQA, 12 Rabiulakhir 1439H, Ahad – Dua kubur besar dipenuhi dengan puluhan mayat ditemui dipercayai mangsa militan IS di wilayah Raqqa, Syria.

Menurut agensi berita SANA, kubur berkenaan dipercayai mengandungi mayat orang awam dan tentera yang dibunuh oleh militan IS di kampung Wawi berhampiran bandar utara Raqqa.

Militan berkenaan telah menjalankan pembunuhan kejam ke atas orang awam termasuklah dengan memenggal kepala, menembak dan menenggelamkan mangsa di sebuah kolam besar.

Raqqa telah bebas dari cengkaman kumpulan militan pada Oktober lalu, dengan 30,000 penduduknya telah kembali meneruskan kehidupan di bandar teruk musnah itu.

SANA berkata, beberapa penduduk menerima maklumat berkenaan kubur besar berhampiran kampung itu selepas mereka kembali ke kediaman asal.

Memetik pegawai tempatan sebagai berkata, kerja mengeluarkan mayat giat dijalankan termasuk melakukan proses pengecaman identiti mangsa untuk diserahkan kepada keluarga.

Dilaporkan, kira-kira 1,800 orang awam terbunuh di Raqqa sepanjang tiga tahun penaklukan IS di wilayah itu.-   Agensi

The post Dua kubur besar dipenuhi mayat mangsa militan IS di Raqqa ditemui appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Dua kubur besar dipenuhi mayat mangsa militan IS di Raqqa ditemui
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Dua kubur besar dipenuhi mayat mangsa militan IS di Raqqa ditemui"

Back To Top