KUALA LUMPUR, 7 Rabiulakhir 1439H, Selasa – Seorang pengawal keselamatan warga Pakistan ditemukan mati dibunuh di loji rawatan air Jalan Permai 2/14, Puchong Permai, Selangor awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Mohammad Azlin Sadari berkata mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Gul, 69, meninggal dunia akibat kecederaan disyaki ditetak di kepala dan kedua-dua tangan ketika berada di pos pengawal.
Katanya, berikutan itu empat remaja lelaki ditahan kerana disyaki menyamun dan membunuh lelaki berkenaan, beberapa jam selepas kejadian kira-kira pukul 12.30 malam.
“Siasatan awal mendapati motif kejadian ialah samun apabila empat remaja berusia antara 16 hingga 20 tahun berada dalam keadaan mabuk dan kehabisan wang untuk membeli arak,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata, polis turut merampas sebilah parang, pakaian dan kasut berkaitan kes itu.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat,” katanya. -Bernama
The post Empat remaja ditahan samun, bunuh pengawal keselamatan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Empat remaja ditahan samun, bunuh pengawal keselamatan
0 Komentar untuk "Empat remaja ditahan samun, bunuh pengawal keselamatan"