Gema Semua Maklumat

Henti guna empat produk kosmetik mempunyai racun berjadual: Ketua Pengarah Kesihatan

Henti guna empat produk kosmetik mempunyai racun berjadual: Ketua Pengarah Kesihatan

PUTRAJAYA, 3 Rabiulakhir 1439H, Jumaat –
Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai untuk menghentikan penggunaan empat produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual iaitu merkuri, hydroquinone dan tretinoin.
 
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata produk Progressive Mix Industries iaitu Nuriz Shoppe-Uv Pearl Cream, Nuriz-D’Solve dan Produk Aura Gorgeous Beauty & Healthy iaitu Aura Gorgeous Night Creamdikesan mengandungi merkuri.

Manakala produk Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd iaitu NV Anti Blemish Toner 1 pula mengandungi hydroquinone dan tretinoin.
 
Noor Hisham memberi amaran kepada para penjual dan pengedar supaya menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik berkenaan dengan serta-merta.
 
“Penjual adalah diingatkan bahawa penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984,” katanya dalam satu kenyataan.
 
Beliau berkata, produk yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin adalah produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.
 
“Kedua-dua bahan racun itu, yang sering digunakan untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan, boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, pedih, menggelupas, dan hipersensitif.
 
“Hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV serta meningkatkan risiko kanser kulit,” katanya.
 
“Penggunaan produk yang mengandungi merkuri boleh juga menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit,” katanya.
 
Pengguna dan orang ramai adalah dinasihatkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang http://npra.moh.gov.my/

The post Henti guna empat produk kosmetik mempunyai racun berjadual: Ketua Pengarah Kesihatan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Henti guna empat produk kosmetik mempunyai racun berjadual: Ketua Pengarah Kesihatan
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Henti guna empat produk kosmetik mempunyai racun berjadual: Ketua Pengarah Kesihatan"

Back To Top