Gema Semua Maklumat

Isu Baitulmaqdis: Haram, berdosa umat Islam tidak main peranan

Isu Baitulmaqdis: Haram, berdosa umat Islam tidak main peranan

BANGI, 24 Rabiulawal 1439H, Rabu – Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Othman berkata, haram dan berdosa jika umat Islam keseluruhannya tidak memainkan peranan dan membiarkan Baitulmaqdis serta Masjid al-Aqsa daripada dirampas.

Beliau berkata, umat Islam mengalami kejutan dengan pengisytiharan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengenai Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, minggu lalu.

“Jadi kita harus mempertahankannya dan adalah berdosa, malah menjadi satu perkara haram jika terus dibiarkan,” katanya seperti dilapor Sinar Online, hari ini.

Menurut Abdul Rahman, umat Islam wajib bersatu mempertahankan tempat suci Islam itu, dan menyifatkan suara umat Islam lebih kuat pastinya digeruni.

“Dengan kekuatan suara itu juga, kita nampak kegerunan dunia hari ini, maka secara tak langsung menjadikan satu pengiktirafan kepada umat Islam untuk bersatu dan dapat kembalikan semula Baitulmaqdis ke tangan kita,” katanya.

Beliau turut menyarankan umat Islam memainkan peranan masing-masing dalam usaha mengembalikan Baitulmaqdis termasuklah berdoa supaya pengiktirafan tersebut dibatal atau ditarik balik.

Malah katanya, umat Islam juga boleh menggunakan kekuatan ekonomi untuk melumpuhkan AS, memandangkan kuasa membeli lebih besar dengan bilangan teramai di dunia.

The post Isu Baitulmaqdis: Haram, berdosa umat Islam tidak main peranan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Isu Baitulmaqdis: Haram, berdosa umat Islam tidak main peranan
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Isu Baitulmaqdis: Haram, berdosa umat Islam tidak main peranan"

Back To Top