Gema Semua Maklumat

Kenapa Tun Dr Mahathir pulangkan darjah kebesaran Selangor

Kenapa Tun Dr Mahathir pulangkan darjah kebesaran Selangor

PETALING JAYA, 23 Rabiulawal 1439H, Selasa – “Kenapa saya pulangkan pingat itu? Saya tidak rasa baginda (Sultan) fikir saya layak memakai gelaran pingat kurniaan itu,” kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita berikutan tindakan beliau dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Khamis lalu, yang memulangkan darjah dan bintang kebesaran yang diterima daripada Sultan Selangor.

Dr Mahathir menerima Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) kelas pertama pada 1978 dan Darjah Yang Amat Dihormati Kelas Pertama (DK) pada 2003.

Dr Siti Hasmah pula memulangkan Darjah Datuk Paduka Mahkota Selangor dan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor.

“Begini, saya dikurniakan pingat itu kerana baginda fikir saya layak menerimanya, tetapi sekarang saya sedang membakar seluruh negara, jadi saya fikir saya tidak lagi layak menggunakannya,” kata Tun Dr Mahathir, hari ini.

Penyerahan kembali semua darjah dan bintang kebesaran yang diterimanya disahkan oleh Istana Selangor dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa sama, bekas Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun itu secara berjenaka turut mengakui bahawa beliau seorang lelaki pemarah yang selalu membakar benda, susulan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bahawa kemarahannya itu boleh membakar negara ini.

“Ya, saya seorang lelaki yang sangat marah, kamu lihat betapa marahnya saya. Saya akan bakar kamu, saya selalu membakar benda,” katanya.

The post Kenapa Tun Dr Mahathir pulangkan darjah kebesaran Selangor appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Kenapa Tun Dr Mahathir pulangkan darjah kebesaran Selangor
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Kenapa Tun Dr Mahathir pulangkan darjah kebesaran Selangor"

Back To Top