Gema Semua Maklumat

Korban ribut Tembin Filipina cecah 200 orang

Korban ribut Tembin Filipina cecah 200 orang

MANILA, 6 Rabiulakhir 1439H, Isnin – Angka korban akibat ribut Tropika Tembin di selatan Filipina, awal pagi ini mencecah 200 nyawa.

Tembin melanda Mindanao Jumaat lalu dengan kelajuan angin 125 kilometer sejam serta hujan lebat.

Keadaan itu menyebabkan sekurang-kurangnya satu perkampungan di kaki gunung ditimbus tanah runtuh yang mengakibatkan operasi menyelamat besar-besaran dilakukan.

Jurucakap polis memklumkan, 144 orang masih hilang manakala lebih 40,000 melarikan diri ke kem pemindahan sementara.

Katanya, anggota polis dan sukarelawan terpaksa menggunakan penyodok untuk mencari mangsa yang tertimbus di bawah lumpur dan serpihan bangunan.

Ribut Tembin kini menghala ke Laut China Selatan, sejak semalam.

Tembin membawa bersama hujan lebat ke wilayah di mana hutan kekal ditebang atau dijadikan ladang nanas. Ini menyebabkan air deras membawa tanah hingga menyebabkan banjir lumpur. – Agensi

The post Korban ribut Tembin Filipina cecah 200 orang appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Korban ribut Tembin Filipina cecah 200 orang
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Korban ribut Tembin Filipina cecah 200 orang"

Back To Top