PUTRAJAYA, 27 Rabiulawal 1439H, Sabtu – Pengambilan pembantu rumah warga asing secara atas talian yang akan bermula pada 1 Januari hanya memperuntukkan kos RM1,635 sahaja.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kaedah ini membolehkan bakal majikan mengambil pembantu rumah secara terus dari negara sumber tanpa melalui ejen.
“Jumlah itu adalah kos yang perlu di bayar kepada kerajaan melalui Jabatan Imigresen bagi pengambilan pembantu rumah dan tidak termasuk kos penerbangan dan pasport.
“Kerajaan mengambil langkah pengurangan termasuk mengurangkan kadar wang cagaran daripada RM1,000 kepada RM500 dan wang proses daripada RM500 kepada RM250.
“Ini bererti kerajaan mengambil langkah proaktif agar sebarang pembayaran pengambilan terus pembantu rumah asing dapat dikurangkan,” katanya seperti dilapor Utusan Online.
Menurut beliau, sebelum ini majikan perlu membayar sehingga RM18,000, namun menerusi kaedah ini bakal memberi penjimatan kos sehingga 90 peratus kepada majikan.
Namun, menurut beliau, pengambilan pembantu rumah secara terus dari negara sumber Indonesia dan Filipina tidak dapat dilaksanakan kerana majikan dikehendaki berurusan melalui syarikat-syarikat berdaftar dengan kementerian terlebih dahulu untuk mematuhi peraturan perundangan negara berkenaan.
The post Kos pengambilan pembantu rumah warga asing hanya RM1,635 appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Kos pengambilan pembantu rumah warga asing hanya RM1,635
0 Komentar untuk "Kos pengambilan pembantu rumah warga asing hanya RM1,635"